Monday 30 December 2013

APA ITU SLS (SODIUM LAURETH SULFATE)

Assalm semua.  Ni nak share sikit pasal SLS ni.  Cer telek2 sikit bahan2 yang terdapat di dalam botol shampu kat rumah tu.  Mesti kita akan selalu ternampak SLS ni.  Sebenarnya, kebanyakan daripada kita sedar akan bahaya SLS ni, tapi terlalu sedikit yang cuba mengelakkannya.  Kenapa?? tepuk dada tanya diri sendiri....jawapan ada pada anda...

Ni informasi yang saya petik daripada dinding Master Lyna

>>>SLS & surfactant<<<

SLS adalah water surfactant atau ejen pembuih (to make the water wetter by reducing surface tension).

Nama penuh SLS - SODIUM LAUREL SULFATE or SODIUM LAURETH SULFATE, sama la tu. 

Diperbuat dari - sulfuric acid, monododecyl ester, & sodium salt. 

Pendekata --->>> SINTETIK

Dalam product Shaklee juga digunakan surfactant.

Basic H ingredient adalah proprietary (trade secret) so dia tak disclose bahan2 dia tapi kita tau surfactant dari jagung dan kelapa.

Dalam shampoo Prosante surfactant dia adalah SODIUM LAURYL SULFOACETATE, nama kimia bagi surfactant yg diperbuat daripada PALM OIL & COCONUT.

So.. Nmpak beza di sini?

SLS yg dlm sympu, ubat gigi, sabun etc segala tu adalah bahan pembuih SINTETIK yg mengeringkan kulit dengan membuang lembapan kulit semulajadi. Kalau orang kulit sensitif guna barang2 SLS ni... Gone case. Habis naik segala ruam2 semua sebab natural mouisture atau lembapan dah tak ada. 

Contoh paling mudah: Tu yang guna syampu kelemumur, kelemumur makin banyak sebab kulit kepala dah kering.

Yg dalam Prosante dibuat daripada kelapa & kelapa sawit. Bahan2 natural yg tak mengeringkan kulit. Ia menjaga lembapan semulajadi. & selamat utk tubuh & alam sekitar juga. Ia bersifat hydrofilik..ia larut dlm air.

Bahaya SLS:

Sodium Laureth Sulfate (also sodium lauryl sulfate, sodium laurel sulfate, sodium dodecyl sulfate, also see 1,4-dioxane) Skin irritant. Reported as toxic in many studies. Has tendency to react with other ingredients to form carcinogenic nitrosamines. The FDA has stated that levels of dioxin formation in products containing sodium laureth sulfate are unacceptable. Studies have shown eye and systemic tissue (heart, liver, brain) penetration. Main ingredient in shampoo, baby shampoo, toothpaste.

Jadi, apa kata kita tukarkan kepada yang lebih baik...memang lah agak mahal, tapi amat berbaloi2. 



Tuesday 17 December 2013

AWAS!! OmegaGuard Shaklee Merbahaya???

Asslammualaikum semua...

Tersentap juga terbaca di mukabuku mengatakan yang OmegaGuard ni merbahaya kepada usus.  Heboh betul mengatakan ianya tidak selamat dimakan, MERBAHAYA katanya. YA BETUL!! Omega Guard Shaklee MERBAHAYA .........sekiranya usus anda diperbuat dari polisterine atau styrofoam. Rasanya isu Omegaguard Shaklee menghakis ni dah agak famous. Ramai yang takut, tak kurang juga yang terus buang Omegaguard tu.  

Jadi, akak pun terus google jawapan kepada masalah ini dan terjumpalah blog Effective Vitamins yang menjelaskan panjang lebar tentang isu ini.  

Ni gambar permulaan ujian tersebut. Polisterin sebelah kiri diletakkan 1biji Omega Guard Shaklee, 1 BIJI SAHAJA tau, manakala sebelah kanan 5biji Omega cap XXX.

1biji Omega Guard Shaklee vs 5biji Omega cap XXX
Selang 5 minit Omega Guard Shaklee masih kelihatan segar manakala omega XX telah mengecut.



Selang 5 minit

Selang 30 minit kedua-dua Omega tersebut telah melarut. Nampak tak polisterin Omega Guard Shaklee tu ada sedikit terhakis???? Alamak! Bahaya!



Selang 30 minit

Selang 45 minit ......polisterin Omega Guard Shaklee berlubang-lubang dan terhakis sedangkan omega XX tidak.



OmegaGuard Shaklee terus menganas......menghakis...!!

 
Anda menjadi semakin takut??? Hanya 1 biji sahaja sudah boleh tembus??? Macam asid la pulak boleh menghakis ni.  Alamak habis lah usus!!!

Sebenarnya bagaimana ini berlaku dan adakah ianya betul-betul ‘menghakis?’ Benarkah ianya berlaku disebabkan tindakan kimia (chemical reaction)?

Fahami konsep ni:

Polisterin ialah non-polar polimer dan fish oil pula adalah non-polar liquid. Hampir semua jenis minyak, termasuk minyak ikan boleh melarutkan polisterin dari bentuk solid-liquid. Proses ini bukannya ‘chemical reaction’ ianya sekadar solvent-type action. Contohnya macam kita larutkan gula dalam air ....bukan tindakbalas kimia pun ....dan makin panas air, makin cepatlah ia larut. 

Jadi, dalam hal ini, minyak ikan adalah non polar solvent yang boleh melarutkan non polar polymer. Itu sahaja.

Adakah ianya berbahaya?
TIDAK! Sebab ianya bukan chemical reaction pun. Lagi pun tubuh kita bukan non polar polimer. Building block kita tidak sama macam polisterine.

Tapi kenapa yang sebelah kanan tu tidak berjaya melarutkan polisterin, sedangkan ianya pun minyak ikan juga? Ok, disini penjelasannya bergantung kepada seasli mana minyak ikan (how pure the fish oil is) tersebut. 

Lazimnya minyak ikan biasa hanya melalui proses penyulingan untuk menyingkirkan bendasing (impurities) dan mengasingkan minyak ikan dari ikan tersebut. Dengan proses yang ringkas ini, minyak ikan yang diperolehi pastinya kurang berkualiti kerana lemak tepu masih ada dan belum disingkirkan dan minyak ikan pada peringkat ini masih dalam bentuk kompleks, dan pastinya sukar diserap oleh badan. Sebab itulah ianya mengambil masa yang lama untuk melarutkan polimer tadi walaupun pada suhu yang tinggi.

Berbeza dengan minyak ikan yang berkualiti tinggi, minyak ikan ini melalui proses penyulingan kedua atau berperingkat untuk menyingkirkan lemak tepu dan lemak selain Omega-3 fat. Proses ini sangat penting kerana melalui proses inilah bendasing seperti merkuri dan logam berat (mercury and heavy metal..bukan rock band tu ye) daripada ikan. Ini yang kalau kita terlalu banyak ikan, kita bukan sahaja dapat omega, merkuri semua sekali masuk kedalam sistem badan. Sebab tu kita disyorkan ambil suplemen.

Minyak ikan ini berada dalam bentuk yang lebih ringkas, asli, dan tinggi dengan Omega 3, dan tindakbalas pun lebih cepat. Sebab tu polisterin Omega Guard Shaklee lebih cepat terlarut.

Ringkasnya, lebih pure minyak ikan tu lebih cepat tindakbalasnya.

Bagaimana dengan OmegaGuard Shaklee?
Kalau tengok gambar tadi memang tembuslah polisterin tu. Tapi jangan risau, itu membuktikan yang Omega Guard Shaklee ni solvent yang bagus dan asli. Tinggi DHA & EPA (95%). Yang dicairkan nanti bukan usus kita, tapi lelemak dalam badan ni hahaaa.  Jadi ia sangat membantu kepada mereka yang ingin menangani masalah berat badan.

PERBEZAAN Shaklee

Manfaat minyak cold-water fish adalah sangat terkenal, tetapi terdapat kebimbangan yang meruncing mengenai kualiti minyak ikan masa kini. Ini adalah kerana terdapat risiko yang tinggi dalam air hari ini, antaranya ialah logam berat, kotoran dan bahan cemar seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan BPA.

  • Omega Guard Shaklee diperolehi khusus daripada "ikan kecil" (ikan bilis & sardin) kerana logam berat dan toksin kurang tertumpu dalam spesis yang paling kecil daripada rantai makanan.
  • Omega Guard Shaklee diproses melalui farmaseutikal gred, state-of-the-art, hak milik, triple proses penyulingan molekul yang menjamin penyingkiran kotoran dan bahan tercemar menjadikan ianya produk yang BOLEH DIPERCAYAI.
  • Manakala suplemen minyak ikan yang banyak dipasarkan oleh syarikat-syarikat lain diperolehi daripada ikan besar yang dipelihara dalam sangkar yang dibesarkan secara komersial dan hanya diberi makan "pelet" seumur hidup mereka!! Ikan-ikan ini mempunyai tahap Omega -3 yang lebih rendah daripada ikan laut yang hidup liar, dan "pelet" penuh dengan bahan-bahan sintetik ... bayangkan bagaimana ini memberi kesan kepada kualiti minyak ikan yang dijual.

Semoga eksperimen dan penerangan ala-ala saintis di atas dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat!! 

Kredit:  Effective Vitamins

Jangan ragu-ragu lagi ya....SHAKLEE, gunakan tanpa was-was...;)

Hubungi saya untuk sebarang konsultansi.
email  :  waneliz68@gmail.com
pm/ws : +966537030136 (Arab Saudi dan Malaysia)
Penghantaran ke seluruh Malaysia.




Sunday 15 December 2013

GLA OH GLA



Sekarang ni musim cuti sekolah...bermaksud ramailah yang mengambil kesempatan untuk bernikah pada cuti ini.  Impian setiap pasangan yang berumahtangga untuk dikurniakan cahaya mata, namun cabaran setiap pasangan tidak sama. Bagi pasangan yang cepat memperoleh zuriat, syukur Alhamdulillah, bagi yang sebaliknya, mungkin tips dibawah dapat membantu anda.
GLA (Gamma Linolenic Acid) menurukan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.

Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)? Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorangkekurangan GLA itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA Complex adalah perlu.

Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil? GLA membantu  seseorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakini sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegiti subur. Di sinila fungsi GLA untuk membantu dalampenghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus terus ke tiub falapio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu sahaja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiup falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak 'kena' hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 .

Jadi, puan-puan yang masih belum dikurniakan rezeki anak, cuba periksa cecair serviks anda. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan dan kering, itu petanda yang kurang baik kerana ia boleh menghalang persenyawaan.

Untuk itu penting mengenali 'cecair kesuburan' kita ini.

Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA Complex? Jawapannya TIDAK. GLA Complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu kira alhamdulillah...bonos lah tu.

Ada apa dalam GLA Complex? Dalam GLA complex terdapat GLA (asid linolenik gama), Vitamin E & Minyak Bunga Matahari. GLA digunakan oleh ramai wanita untukmemelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin. Minyak benih bunga matahari adalah satu sumber lemak Omega-6. Iamengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

Kesimpulannya:-

  • Menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid
  • Menyokong sistem imun
  • Minyak Borage, yang mengandungi GLA semulajadi yang sangat pekat dalam bentuk yang mudah diserap.

kredit: SID ummiiqa  

Dan, tak mustahil, impian untuk anda menjadi seorang ibu akan terlaksana....

Kalau berminat dengan GLA ni, bolehlah pm saya ya:-
email  :  waneliz68@gmail.com
pm/ws : +966537030136 (Arab Saudi dan Malaysia)
Penghantaran ke seluruh Malaysia.


Wednesday 11 December 2013

APA KAITAN ASMA DAN MINYAK IKAN OMEGA3??

Jawapannya adalah YA.  Mari baca penerangan di bawah:-



Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit.

Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.

Malah, pakar-pakar turut menganggarkan 80 peratus daripada kematian di kalangan penghidap asma boleh dicegah jika mereka diberi pendidikan yang sempurna bagi menangani penyakit berkenaan.

Walaupun ia tidak berjangkit, asma boleh diwarisi, di mana anak-anak kepada penghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi.

 Berdasarkan perangkaan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat lebih daripada 100 juta penghidap asma di seluruh dunia. Daripada jumlah tersebut, kira-kira satu juta adalah penduduk Malaysia dan 340,000 merupakan kanak-kanak di bawah 15 tahun.

Pengurus Besar Total Health Concept, Jagdev Singh berkata, kajian Institut Strategik dan Pengajian Antarabangsa (ISIS) dan Persatuan Thorasik Malaysia mendapati asma adalah penyebab utama kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana sakit.

Statistik menunjukkan lebih dari 53 peratus kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana masalah paru-paru dari September hingga November 2001. Malah, ibu bapa juga terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk kos perubatan seperti ubat, lawatan ke doktor dan penginapan di hospital.

``Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut. ``Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan,'' katanya.

Menurut beliau, hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan. Ini memberi gambaran bahawa bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil.

Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya.  Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega 3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA).   "Omega 3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya,'' jelasnya.

Tambah Jagdev, antara sumber Omega 3 terbaik ialah ikan laut sejuk seperti tuna, kod, halibut, salmon, sardin dan mackerel.

kredit: Dunia Kecantikan Dan Kesihatan

Adalah dicadangkan pengambilan OmegaGuard secara istiqamah sangat-sangat membantu mereka yang menghidapi asma.  Cegah segera sebelum parah.


Kajian menunjukkan bahawa OmegaGuard mengandungi lebih minyak Omega3



Jadi, fikir-fikirkan apa yang anda beli....Omega3 atau lemak ikan??

Untuk mendapatkan konsultansi percuma dan produk, boleh hubungi saya:-
ws/sms : +966537030136
Email : waneliz68@gmail.com
Penghantaran ke seluruh Malaysia.


Monday 2 December 2013

OMEGA GUARD

Bila masuk jer bulan baru, macam biasalah semua ternanti-nanti apalah promo untuk bulan ini.  Jeng! jeng! jeng! yang ditunggu dah tiba.  Setahun hanya sekali...tiba giliran OmegaGuard pula menjadi promo bulan ini.  Jadi, sesiapa yang nak buat stok untuk 6-7 bulan tu, eloklah ambil peluang ni....Rugi wo!!! Bila dah beli 1 set tu pulak, anda boleh claim FREE membership.

Jom kita telek-telek apakah khasiat Omega3 ni...Khasiat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

  • Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
  • Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
  • Mencegah salur darah dari tersumbat
  • Omega dapat mengelakkan strok
  • Mengekalkan tekanan normal darah
  • Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
  • Mengurangkan sakit kepala
  • Merendahkan kolestrol
  • Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
  • Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  • Mengawal masalah obesiti
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Sangat bagus untuk ibu hamil
  • Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
  • Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
  • Membantu menyihatkan paru-paru
  • Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
  • Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE
  • Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
  • Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
  • Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
  • Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi
  • Mencegah penyakit gout

Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Kesihatan Berpanjangan?
  • Warga Emas
  • Pesakit Jantung
  • Wanita
  • Wanita yang telah melahirkan anak
  • Pesakit darah tinggi
  • Orang yang selalu lupa
  • Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
  • Pelajar
  • Ibu menyusu
  • Ibu Hamil
  • Orang yang mementingkan tahap kesihatan optima

Kredit: CaptVit





Pokok pangkalnya mereka yang benar-benar mementingkan kesihatan tidak akan melupakan OMEGAGUARD ni dalam diet seharian.

Jadi, apalagi...pm saya untuk harga kasih sayang....penghantaran seluruh Malaysia.

pm/ws = +966537030136 (Arab Saudi & Malaysia)
pm/ws = 019-9200072 (Malaysia)

Email: waneliz68@gmail.com