Monday 28 October 2013

CoQ10 Health Shaklee

Hari ini Kak Wan nak cerita pulak tentang produk terbaru Shaklee ni.  Baru jer dilancarkan 2 bulan lepas.




Penyakit kardiovascular merupakan pembunuh no 1 di kalangan rakyat Malaysia dan dua setengah kali ganda lebih tinggi berbanding kematian berpunca daripada kanser, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia.  Manakala, mengikut perangkaan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), sejumlah 37% kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit kardiovascular seperti penyakit jantung dan strok.  Kebanyakan pakar kesihatan mencadangkan gejala ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian seperti diet seimbang, mengambil suplimen yang berkualiti, senaman secara teratur, tidak merokok dan memastikan berat badan ideal.  Coenzyme Q10 (CoQ10) merupakan salah satu daripada suplimen kesihatan yang amat penting untuk kesihatan jantung kita.



Apakah CoQ Health Shaklee?

CoQ Health Plus ini ialah supplemen yang mengandungi campuran proprietari bagi Co Enzim Q10, Vitamin E serta ekstrak teh hijau. Setiap botol mengandungi 30 kapsul lembut CoQ Health Plus.

Bahan utama dalam supplemen ini ialah Co Enzim Q10. Co Enzim Q10 adalah nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada dalam semua sel. Ianya paling banyak organ yang melaksanakan tugasan berat seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.


Apakah fungsi Co Enzim Q10?

1) Menghasilkan tenaga dalam setiap sel tubuh terutamanya sel otot jantung
2) Bertindak sebagai antioksida (melindungi arteri daripada pengoksidan low-density lipoproteins (LDL))
3) Membantu menggalakkan fungsi kesihatan bagi saluran darah termasuk yang menyalurkan darah ke jantung

Apakah sumber makanan yang mengadungi Co Enzim Q10?

Co Enzim Q10 boleh didapati melalui makanan kita seharian, seperti di dalam daging lembu, ayam, brokoli, bunga kobis, kekacang, bayam dan soya. Namun akibat faktor usia kita yang semakin hari semakin tua, pemgambilan supplemen Co Enzim Q10 amat disyorkan setara dengan kandungan Co Enzim dalam badan yang semakin merosot.

Apakah kebaikan Co Enzim Q10?

Antara salah satu kebaikan Co Enzim Q10 (CoQ10) ini adalah menangani serangan jantung yang merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia. Pesakit didapati mempunyai rendah CoQ10 di dalam sel-sel otot jantung yang membawa kepada kegagalan jantung untuk berfungsi.

Hasil kajian double-blind menunjukkan dengan mengamalkan CoQ10 dapat mengurangkan gejala-gejala masalah kegagalan jantung seperti sesak nafas, sukar tidur dan bengkak. Jadi CoQ10 adalah penyelesaian untuk meningkatkan pengeluaran tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.

Manfaat lain Co Enzim Q10

* Kesihatan kardiovaskular
* Menangani penuaan
* Menangani tekanan darah tinggi
* Menangani keletihan
* Kesihatan ginjal
* Migrain
* Kesihatan saraf & otak
* Terapi Statin
* Menangani masalah kekurangan Co Enzim Q10 secara genetik
* Kesuburan lelaki
* Kesihatan pergigian

CoQ Health juga boleh menjadi penawar untuk penyakit Jantung, Diabetes & Darah Tinggi.

Penyakit tiga serangkai iaitu penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi adalah senarai teratas penyakit yang paling banyak sekali dilaporkan. Ada juga individu yang menghidap tiga serangkai ini secara serentak dan ini bukan lah sesuatu fenomena yang pelik.

CoQ Health Shaklee mengandungi CoQ10 iaitu bahan yang didapati secara semulajadi dalam tubuh bagi membantu menukarkan makanan kepada tenaga. CoQ10 terdapat pada hampir setiap sel dalam badan. CoQ10 juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat bagi melawan radikal bebas iaitu partikel yang merosakkan sel dalam tubuh yang mengakibatkan kerosakan membran sel , mengganggu DNA dan juga menyebabkan sel mati. Saintis percaya radikal bebas menyumbang kepada proses penuaan dan beberapa masalah kesihatan. Ini termasuk penyakit jantung dan kanser.

Antioksidan seperti CoQ10 ini bukan sahaka meneutralkan radikal bebas, malah boleh mengurangkan seterusnya membantu mencegah sesetengah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas ini.

Para penyelidik yang membuat kajian percaya bahawa CoQ10 boleh membantu dengan hal-hal yang berkaitan dengan jantung kerana ia boleh meningkatkan pengeluaran tenaga dalam sel-sel, mencegah pembentukan darah beku dan bertindak sebagai antioksidan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil supplemen CoQ Health Shaklee, boleh membantu mencegah dan merawat penyakit berikut:

-Serangan Penyakit Jantung
Satu kajian klinikal mendapati bahawa orang yang mengambil supplement CoQ10 setiap hari dalam tempoh 3 hari selepas serangan penyakit jantung adalah kurang berisiko untuk mempunyai serangan jantung berikutnya.

-Kegagalan Jantung
Terdapat bukti bahawa CoQ10 boleh membantu merawat kegagalan jantung apabila digabungkan dengan ubat-ubatan konvensional. Orang yang mempunyai kegagalan jantung kongestif, di mana jantung tidak dapat mengepam darah serta ia harus juga mungkin mempunyai tahap rendah CoQ10. Kegagalan jantung boleh menyebabkan darah terkumpul di bahagian-bahagian badan yang lain, seperti paru-paru dan kaki. Ia juga boleh menyebabkan sesak nafas. Beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa supplement CoQ10 membantu mengurangkan bengkak di kaki , mengurangkan cecair di dalam paru-paru, menjadikan pernafasan lebih mudah dan meningkatkan kapasiti untuk pesakit jantung melakukan senaman.

-Tekanan Darah Tinggi
Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4–12 minggu untuk melihat sebarang perubahan . Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.

-Kolesterol Tinggi
Individu yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi yang mengambil CoQ10 juga menurut kajian akan dapat menurunkan kolestrol ke tahap lebih rendah. CoQ10 telah diperakui sebagai rawatan alternatif untuk mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Mengambil supplement CoQ10 secara konsisten juga boleh mengembalikan paras normal kolestrol dalam badan.

-Diabetes Atau Kencing Manis
Pengambilan CoQ10 boleh meningkatkan kesihatan jantung dan menurunkan paras gula dalam darah dan sekaligus membantu menguruskan tekanan darah tinggi di kalangan pesakit diabetes. Dua kajian mendapati bahawa, dos sebanyak 100 mg CoQ10 dan diambil dua kali sehari akan memberi kesan diabetes bertambah baik dan saranan untuk langkah jangka panjang kawalan gula dalam darah.

Kajian klinikal awal juga menunjukkan bahawa CoQ10 boleh:
-Meningkatkan kualiti sperma dan meningkatkan kesuburan lelaki
-Digunakan sebagai sebahagian daripada rawatan untuk penyakit Parkinson
-Membantu mencegah migrain

Sumber: University of Maryland Medical Center

CREDIT: Mihar Ain/lyana hisham/rose azadir

INGATLAH!!!



Jadi, apa tunggu lagi? Jagalah jantung kita sebelum terlambat.....

Dapatkan segera, semestinya dengan harga istimewa.

Email  :  waneliz68@gmail.com
ws/sms/pm : +966537030136 (Arab Saudi)
fb : Wan Noraliza
fanpage : Vitamin Sihat
ws/sms/pm : 019-9200072 (Malaysia)
sms/pm : +6017-7781975 (Malaysia)



Monday 21 October 2013

INGIN BERHENTI MEROKOK

Hah....ni dia soalan yang selalu kita tanyakan kepada rakan2 atau kalangan keluarga yang merupakan perokok....terutamanya PEROKOK TEGAR.  Merokok dah sah2 lah hukumnya HARAM tapi masih hairan, yang itu jugaklah hobi atau tabiaat yang paling sukar dinyahkan.

Kerajaan membelanjakan berjuta-juta RM dengan menerbitkan begitu banyak iklan2 supaya rakyat berhenti merokok.  Tapi, adakah matlamat kerajaan ini berjaya.  Nah! jawapan ada ditangan anda.



Seorang perokok mempunyai kadar pengoksidaan dalaman dan radikal bebas yang sangat tinggi. Dikatakan lebih satu trilion radikal bebas terhasil dalam setiap sedutan. Banyaknya!
Jadi, mereka memerlukan lebih antioksidan berbanding orang biasa.

Banyak pula penyakit-penyakit yang dikaitkan dengan perokok ni.



Vitamin untuk perokok yang dicadangkan:-


Vitalea
B Complex
Vita C


dan Vita E.  Macam tak percaya yang vitamin E juga boleh membantu menghentikan tabiat merokok ini.  Ingatkan hanya nak cantik je kan.  Tapi PERCAYALAH!!

Cuba baca article yang berkaitan dengan Vitamin E ini.

Merokok dapat merosakkan paru-paru, mengganggu tidur dan kesihatan mental seseorang, sehinggalah anda meninggalkan tabiat tidak sihat tersebut. Anda boleh mencuba diet antioksidan untuk membantu membebaskan diri dari kecanduan nikotin.
Ketika nikotin masuk ke dalam tubuh, akan terbentuk radikal bebas yang menyebabkan stres oksidatif atau kerosakan sel otak. Radikal bebas adalah kelompok atom dengan jumlah elektron yang ganjil dan terbentuk ketika oksigen berinteraksi dengan molekul tertentu.

Radikal bebas ini sangat tidak stabil dan akan membentuk reaksi berantai untuk menstabilkan diri, tetapi hal ini dapat menimbulkan kerosakan sel dalam tubuh seperti DNA dan membran sel. Hal ini bahkan dapat menyebabkan kematian sel dan mengakibatkan perkembangan masalah kesihatan tertentu.

Anda perlu berhenti merokok dan anda boleh mengatasi kerosakan tersebut dengan diet antioksidan. Antioksidan adalah molekul yang aman berinteraksi dengan radikal bebas dan menghentikan reaksi berantai sebelum merosak sel tubuh.

Mikronutrien seperti vitamin, selenium, beta-karoten, dan tembaga adalah beberapa nutrisi yang bersifat antioksidan. Oleh kerana itu, antioksidan dapat menyembuhkan tubuh dari pengaruh buruk rokok. Antioksidan dapat membantu menstabilkan radikal bebas yang tidak stabil akibat nikotin.

Para ilmuwan dari University of Rochester mencuba untuk mengetahui potensi antioksidan dalam memperbaiki stres oksidatif atau kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Peneliti menyatakan dengan memperbaiki kerosakan akibat nikotin, tubuh akan lebih sihat dan dapat melawan efek kecanduan nikotin.

Untuk mereka yang tidak sanggup menelan, terdapat jugak dalam bentuk cecair iaitu VIVIX.


Antara testimoni terpilih mereka yang berjaya behenti merokok dengan bantuan supplimen SHAKLEE.


Kredit: Mommy Lyna, Izan Rizal

Jadi, apa tunggu lagi.  Bantulah mereka yang....sebab jarang yang datang mencari sendiri penawar untuk berhenti merokok ni.  Tak PERCAYA??

Jika berminat, bolehlah contact Kak Wan ya.

Email  :  waneliz68@gmail.com
ws/sms/pm : +966537030136 (Arab Saudi)
fb : Wan Noraliza
fanpage : Vitamin Sihat
ws/sms/pm : 019-9200072 (Malaysia)
sms/pm : +6017-7781975 (Malaysia)







Sunday 20 October 2013

ANDA ATAU FAMILI ANDA SAKIT GOUT?

Apakah Gout?


Gout adalah keadaan dimana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.

Punca Gout

Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.

Cara mengatasi

-Amalkan diet rendah purine. Sederhanakan pengambilan makanan berprotein yang mengandungi purine. Contoh: organ dalaman (paru, hati), bilis, sardin, herring, telur ikan, kekacang, alkohol, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis (roti putih dan roti manis)
-Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik.
-Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate.
-kawal berat badan - kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan menyingkirkan asid urik.
-Bersenam


Supplemen yang dicadangkan

1)  Vivix - Mengimpak 4 mekasnisme anti penuaan. (melidungi dan membaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitochondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel)



2)  OmegaGuard - Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.



3)  Alfalfa - untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.




4)  Performance drink - memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.


Gout dan Vitamin C

Pesakit gout perlu mengambil Vitamin C secara sederhana. Kajian menunjukkan pengambilan Vitamin C mampu mengurangkan 45% risiko gaut. 

Vitamin C adalah uricosuric semulajadi, yang bermaksud bahawa ia membantu buah pinggang menyingkirkan asid urik. Walau bagaimanapun, ia akan menyebabkan peningkatan asid urik dalam buah pinggang dan air kencing yang boleh meningkatkan risiko batu karang.

Vitamin C juga adalah asid askorbik. Pengambilan Vitamin C yang berlebihan boleh menyebabkan air kencing menjadi lebih berasid yang ketara boleh meningkatkan risiko batu karang.


Ia boleh dikurangkan apabila pesakit mengambil air masak yang mencukupi. Ideal dose: 500mg-1000mg sehari sahaja. Jika pesakit gout hendak mengambil melebihi 1000 mg sehari, disarankan berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

Kredit : Mihar Ain

Jadi, apa tunggu lagi?  Jika berminat, bolehlah contact Kak Wan ya.

Email  :  waneliz68@gmail.com
ws/sms/pm : +966537030136 (Arab Saudi)
fb : Wan Noraliza
fanpage : Vitamin Sihat
ws/sms/pm : 019-9200072 (Malaysia)
sms/pm : +6017-7781975 (Malaysia)



Saturday 19 October 2013

Lagi tentang SHAKLEE Collagen Powder

Apa itu Kolagen ?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.


Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.
Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim 
Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.


FUNGSI KOLAGEN


-menghasilkan asid amino penting seperti :-lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.-hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin -melembapan kulit.-alanin, prolin dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.-arginin -memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.-mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.-melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .-menegang,menganjal dan melembapkan kulit.-menampung air dalam tubuh.-meningkatkan penyerapan kalsium.-menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit-meningkatkan isyarat induksi-menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik


KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN


-memelihara ketegangan dan keanjalan kulit-memelihara kelembapan kulit-menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang-menguatkan otot dan tulang-membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)-memelihara kelenturan sendi-mengurangkan keradangan(inflammation)-memberi tenaga-membantu pola tidur-memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf


KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN 


Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.





TANDA TANDA PENUAAN


-kulit kusam-tak bermaya-tiada seri-kulit kedut dan mula kendur-pigmentasi kulit -cepat letih dan lesu-sakit badan dan sendi-mudah lupa-kurang penglihatan


KOLAGEN YANG DIAMBIL SEBAGAI SUPLEMEN MAKANAN


-Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung-Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit-Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal Ia adalah dari jenis kolagen1.-Berat molikul rendah daripada 1000 adalah lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi seberat 400 000.-Menyediakan predigested collagen telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.-Kolagen ikan dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini .-Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).-Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan.Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).-Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk pembentukan kolagen dalam badan.Menyediakan asid amino bebas dan peptida.-Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan fungsi sel..-Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan-Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot.Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme .Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak .-Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.-Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tissue penyokong terutamanya pada sendi.-Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya melembapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.-Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan.Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.-Mempercepatkan process pemulihan kecederaaan-Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi.-Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.-Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.-Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.-Ia membantu menegang kulit dalam melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan-Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.-Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.


KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN


Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.


Kredit: Mihar Ain / SID Romaizah


Pendek kata, SHAKLEE Collagen ni
  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf
Haaa best kan...nak bagi CANTIK tu 10% je..yang lain semua untuk SIHAT!

Jadi, apa berlengah lagi, dapatkan segera ya.....

psstt:  sekarang ni harga tengah kebabom...mana nak dapat harga sekarang ni memang betul2 HARGA RUNTUH...

PROMOSI : BELI 3 KOTAK....PERCUMA KEAHLIAN SEUMUR HIDUP.



Email  :  waneliz68@gmail.com
ws/sms/pm : +966537030136 (Arab Saudi)
fb : Wan Noraliza
fanpage : Vitamin Sihat
ws/sms/pm : 019-9200072 (Malaysia)
sms/pm : +6017-7781975 (Malaysia)




Friday 11 October 2013

SET DARAH TINGGI

Kehidupan kita dipenuhi dengan angka dan nombor. Nombor kad pengenalan, nombor pin, tarikh lahir, tarikh tutup, masa, nombor telefon (nasib baiklah ada telefon pintar untuk membantu mengingatnya!). Begitu juga dari segi kesihatan dan tubuh badan kita, angka-angka seperti berat badan, ketinggian, tekanan darah, saiz pinggang – memainkan peranan sebagai indikator mengenai keadaan kesihatan dan kecergasan seseorang.
Berikut merupakan info angka bagi setiapa yang mempunyai tekanan darah tinggi, yang perlu diketahui oleh setiap orang.




Tekanan Darah (Hypertension)Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.

Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.


7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi
Masalah tekanan darah tinggi? Sebagai langkah permulaan untuk menangani kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi, iktuilah tip-tip berikut:
  • Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor.
  • Bersenamlah dengan kerap. Cuba untuk bersam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.
  • Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!
  • Jangan merokok: Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.
  • Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.
  • Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:
  1. Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.
  2. Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
  3. Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
  4. Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
  5. Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
  6. Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.
  • Jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.


Di samping langkah-langkah yang disarankan di atas apa kata kita berikhtiar dengan pemakanan tambahan semulajadi ini...Tiada kesan sampingan yang negatif, badan makin sihat Insya Allah...

Penawarnya ada dimana2 mungkin, rezeki yang Allah turunkan untuk hamba2Nya...Usaha dan ikhtiarlah selagi kita punya waktu.





Kredit: Kevin Zahri & Vitaminsaya


Berminat? boleh hubungi saya di:-
Email  :  waneliz68@gmail.com
ws/sms/pm : 019-9200072 (Malaysia)
sms/pm: +6017-7781975
ws/sms/pm : +966537030136 (Arab Saudi)
fb : Wan Noraliza
fanpage : Vitamin Sihat

Wednesday 9 October 2013

MULTIVITS @ VITA-LEA

Asslm semua.  Selalu Kak Wan didatangi pertanyaan-pertanyaan tentang multivits atau kalau mutivits daripada SHAKLEE ni, kita kenali sebagai VITA-LEA...hmmmm bukan sebarang multivits tau.  Jom kita tengok kandungannya.

Sebiji Vita-Lea mengandungi 28 nutrients yang penting, temasuklah 12 jenis Vitamin & 7 jenis galian. Jika anda hanya makan multivitamin sahaja tanpa vitamin lain, adalah lebih baik jika makan 2 biji Vita-Lea sehari, iaitu sebiji di waktu pagi, dan satu biji lagi di waktu malam. 

Siapa yang perlu makan Shaklee Vita-Lea ni? 
Secara umumnya, untuk semua orang dewasa yang pentingkan kesihatan optimum. Lebih-lebih lagi kepada penggemar makanan segera, suka makan di luar, dan yang makan ikut selera – bukan ikut gizi seimbang. 

 Mengandungi Beta Carotene yang membantu mengekalkan pertumbuhan badan, mengawal masalah penglihatan & membantu pembentukan tisu badan. 
Diformulasi dengan Iron yang penting untuk pembentukan sel darah merah di dalam badan. 
Ibu mengandung yang selalu kena anemia. Tak perlu susah payah makan kerang atau organ dalaman lain. Zat besi perlu untuk pembentukan sel darah merah buat janin/ bayi di dalam kandungan. 

Ibu menyusu, terutama yang bayinya dah berumur 6 bulan ke atas. Kajian mendapati kandungan zat besi di dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan. Sebab itu ibu-ibu digalakkan memberi ikan bilis dalam makanan pejal pertama si manja. Dengan pengambilan Vita-Lea, Insya Allah kandungan zat besi di dalam susu ibu dapat di kekalkan pada paras yang selamat. Sebab itu kami cadangkan Vita-Lea di dalam Set Penyusuan Shaklee kami. 

Cegah penyakit tiroid atau beguk. Penyakit beguk nie di sebabkan oleh kekurangan iodin dalam badan pesakit. Sebiji vita-lea mengandungi 75 mcg Iodine (as potassium iodide and sea kelp). Jika anda sedang menghidapi, atau diserang beguk, ambil 2 biji Vita-Lea sehari, untuk memperolehi sumber 150 mcg Iodine, ya. Insya Allah. 



Kenali Perbezaan  Vita-Lea Shaklee

Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia.  Asalnya dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-Min”, dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.  Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea.

Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.  Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.  Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina.  Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”.  Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia.  Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.  
Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.  Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Khasiat Utama Vita-Lea Shaklee
  • Sebagai penambahan tenaga segera, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian
  • Pelengkap Nutrisi, kerana kita sering kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia
  • Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar
  • Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
  • Elemen penting pada sel tubuh, kerana ia menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.
  • Melindungi organ seperti buah pinggang, jantung dan hati



Fakta Nutrisi Di Dalam Vita-Lea
  • Vita A – Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat
  • Vita D – Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis
  • Vita E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut
  • Vita C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah
  • Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut, kesihatan kulit
  • Vita B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah
  • Vita B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan
  • Vita B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus
  • Vita B6 – Metabolisma protein, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekejangan, kebas, anemia
  • Vita B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun
  • Biotin – Bantu B-Kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambun beruban dan gugur, diabetes, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit
  • Vita B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka
  • Kalsium – Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis/ penyakit tulang lembut
  • Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetes, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat atritis,anoreksia
  • Iodin – Baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan
  • Zat besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia
  • Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetes, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hari dan masalah penghadaman
  • Kuprum – Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebengkakan
  • Zink – Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.
Hmmmm...setelah digugel, banyak rupanya khasiat yang tidak diketahui terdapat di dalam VITA-LEA ni.   Padanlah ramai kawan-kawan Kak Wan yang menukarkan multivits mereka kepada brand SHAKLEE kerana khasiat yang berganda-ganda ini.

Jadi, apa tunggu lagi?  Dapatkan segera, dengan harga terbaik dari Kak Wan semestinya. 

Kebanyakan mereka yang mengambil VITA-LEA ni adalah disebabkan masalah tahap hemoglobin yang rendah.  Ini antara testimoni pengguna.


Kredit: e-faster health & beauty

Email  :  waneliz68@gmail.com
ws/sms/pm : 019-9200072 (Malaysia)
ws/sms/pm : +966537030136 (Arab Saudi)
fb : Wan Noraliza
fanpage : Vitamin Sihat





KENALI LECITHIN DAN FUNGSINYA

Apa yang anda tahu tentang LECITHIN? Alah, suppplimen yang membantu dalam pengurusan berat badan tu....

Jom baca ni.....

"Lecithin", diestrak dari kacang soya organik bukan GMO, setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.

Mari tengok 13 khasiat dan kelebihan Lecithin yang perlu kita tahu!

(1) Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolesterol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Sebab tu ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti high blood pressure, stroke, heart disease, arteri yg mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000 – 7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yang sebegini.

(2) Kenapa org yang nak kurus suke Lecithin?

Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (memecahkan lemak). Tahukah anda? Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecithin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

(3) Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel2 badan tanpa Lecithin yang mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan-banyak kimia dari persekitaran yg tercemar,bahan2 metal, dadah, food additives, pesticides, etc .. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2. Jadi dengan menambahkan pengambilan Lecithin sebagai pemakanan tambahan harian, pasti ianya keputusan yg bijak.


(4) Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.

(5) Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.

(6) Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria. Di samping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.

Lagi Khasiat dan kelebihan Lecithin Shaklee!

(7) Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.

(8) Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter di mana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..

(9) Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever, asma, bronkitis dan emphysema.

(10) Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi sendi2 (joint) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang & sistem penghadaman.

(11) Lecithin adalah zat utk kecantikan .. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.

(12) Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.

(13) Lecithin bersama unsur2 lain digunakan utk membuat BILE .. BILE ni fungsinya ialah mencairkan lemak.Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan.

Ini pulak antara pengguna-pengguna Lecithin yang telah berpuas hati...




Dengan kombinasi produk-produk yang sesuai, tidak mustahil impian anda tercapai.  Jadi, apa tunggu lagi....hubungi saya segera untuk konsultansi percuma.

Email  :  waneliz68@gmail.com
ws/sms/pm : 019-9200072 (Malaysia)
ws/sms/pm : +966537030136 (Arab Saudi)
fb : Wan Noraliza
fanpage : Vitamin Sihat




Monday 7 October 2013

SIAPA NAK KURUS???

Asslm semua...soalan yang tak berapa nak cerdik...SIAPA NAK KURUS??  Kalau ditanyakan soalan ini kepada isteri-isteri yang memang nak sentiasa anggun, mesti ramai menjawab nak.  

Apakah cara nak cepat kurus? Diet dengan cara yang ketat....hmmm...sanggup ke makan buah sahaja tanpa makan nasi?  Sedangkan nasi merupakan makanan ruji kita kan?  Atau mengawal makan hingga menyebabkan kekurangan zat gizi di dalam tubuh bada?  Ada juga yang membuat senaman secara agresif sehingga memudaratkan diri.

Jadi, bagaimanakah cara kurus terbaik tanpa memudaratkan diri sendiri?

Pastikan anda mengikuti prinsip asas ini atau dikenali dengan prinsip 3B:-

(1)  Bersih      (2)  Bina      (3)  Buang

Apakah yang diBERSIHkan, diBINA dan diBUANG ini?

BERSIHKAN USUS
- dengan menjalani detoksifikasi.  Nyahtoksikkan badan terutama bahagian usus agar penyerapan vitamin dan mineral dapat berlaku dengan berkesan.

HERB-LAX - digunakan untuk DETOX usus.



ALFALFA juga boleh digunakan untuk tujuan ini.



FIBER PLAN UNFLAVOURED adalah bekalan serat harian yang boleh memberikan rasa kenyang yang berpanjangan.

MEMBINA OTOT
Bina otot badan dan buang lemak dengan CHINCH SHAKE MIX 

Bagi ibu-ibu yang menyusukan, penggunaan CHINCH SHAKE MIX adalah tidak sesuai, jadi untuk golongan ini, ENERGIZING SOY PROTEIN adalah dicadangkan.



MEMBUANG LEMAK
Salah satu masalah kegemukan adalah hadirnya lemak di dalam badan.  Bolehkah kita membuang lemak? Bagaimanakah caranya?  Salah satu caranya ialah dengan memakan Lecithin.



LECITHINsangat membantu untuk mengemulsi lemak terutama yang tersembunyi.  

Kredit: Produk Terbaik/vitaminsemulajadi.com/superMakShoppe

Apa-apapun pilihan anda, elakkan daripada pengambilan fast food, makanan berlemak....dan segala macam yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan tu.  Nak senang, rujuk aja piramid makanan tu.  

Ni pulak testimoni terpilih yang telah mengamalkan set bajet untuk kurus iaitu HERB-LAX, LECITHINE dan ALFALFA......;)



Kalau berminat pulak dengan supplimen yang dicadangkan di atas, silalah:-

Email  :  waneliz@yahoo.com
ws/sms/pm : 019-9200072 (Malaysia)
ws/sms/pm : +966537030136 (Arab Saudi)
fb : Wan Noraliza
fanpage : Vitamin Sihat